Umat Islam Malaysia diajak boikot Sweden – MSM

Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia (MSM), Datuk Razali Idris.

RAKYAT terutama umat Islam diajak memboikot barangan buatan Sweden sebagai tindak balas terhadap tindakan ahli politik sayap kanannya, Rasmus Paludan membakar al-Quran di Stockhlom, Ahad lalu.

Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia (MSM), Datuk Razali Idris berkata, tindakan itu termasuk mengelak mengunjungi gedung jualan atau membuat pesanan pembelian barangan buatan Sweden.

“Seluruh Ahli Dewan Negara juga mendesak kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas dan drastik kepada pelaku yang mencemar kitab suci umat Islam secara terang-terangan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau ditemui selepas menyampaikan bantuan dan bakul makanan anjuran Skuad Prihatin BERSATU kepada mangsa banjir di Dungun, hari ini.

Razali yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu menegaskan, parti berkenaan senada dengan kerajaan iaitu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia sedemikian.

Baca artike lain: Amaran hujan lebat tahap bahaya di 6 negeri – MetMalaysia

Tambahnya, tindakan memboikot barangan Sweden perlu dilakukan seluruh rakyat, terutama umat Islam sehingga tindakan tegas ke atas Paludan diambil oleh negara terbabit.

“Jika kerajaan Sweden gagal dan tidak mengambil tindakan, ia ibarat bersetuju dengan tindakan Islamofobia yang sewenang-wenangnya menghina umat Islam. Tindakan bakar al-Quran membangkitkan kemarahan kalangan umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Paludan, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark Hard Line membangkitkan kemarahan dunia Islam apabila membakar al-Quran ketika menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm.

Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Susulan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian Malaysia yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia Paludan, sekali gus menggesa kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap pelaku.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram