AIRASIA merupakan penerbangan yang paling banyak mendapat rungutan flight delay di media sosial. - Gambar hiasan

MASALAH kelewatan penerbangan atau ‘flight delay’ menjadi isu besar baru-baru ini apabila seorang penumpang ‘mengamuk’ selepas penerbangannya terlewat melebihi lapan jam dan pihak penerbangan tidak mengambil tindakan sewajarnya seperti memberi makluman awal, menyediakan makanan, hotel dan sebagainya.

Dalam kejadian tersebut, Batik Air telah diminta oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk memberi penjelasan mengenai kelewatan lapan jam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching itu, di samping menyiasat aduan kelewatan pelbagai penerbangan lain termasuk Malaysia Airlines dan AirAsia.

Ruangan ‘Apa Dah Jadi’ UtusanTV minggu ini meninjau perkembangan mengenai masalah tersebut selama beberapa hari lepas sama ada telah bertambah baik atau masih ditahap yang sama.

Sudah tentu, AirAsia merupakan syarikat penerbangan yang banyak diadukan oleh penumpang mengenai masalah kelewatan penerbangan dalam media sosial. Seakan-akan menjadi tradisi penerbangan tersebut seperti tidak dapat mengelak aduan mengenai kelewatan penerbangan setiap hari.

Twitter [email protected] memberi amaran kepada para penumpang dengan menyatakan “Air Asia banyak batal/tangguh penerbangan sejak pandemik. Maka berhati-hati dengan penerbangan ini.”

[email protected] turut merungut mengenai penerbangan AirAsia yang dinaikinya lewat sehingga pukul 9 tetapi tidak dinyatakan butir terperinci penerbangan tersebut.

golu.eth || [email protected] membidas syarikat penerbangan itu dengan teruk dengan menyatakan “@airasia adalah penerbangan yang paling teruk dengan kemudahan mengagumkan seperti penerbangan lewat, pengurusan bagasi dan sebagainya.

Dalam satu perkataan ia menyatakan “Jangan sesekali memilih Air Asia” dan lebih baik membayar lebih untuk syarikat penerbangan lain dan anda akan mendapat kualiti dan masa penerbangan yang lebih baik.

BERITA BERKAITAN Syarikat penerbangan perlu tumpu aspek operasi, elak kelewatan

[email protected] melalui Twitternya pula menyatakan “Penerbangan saya yang sepatutnya adalah pada pukul 12.50 pm. Ia telah diubah sebanyak TIGA kali.Kalau begitu dikenali sebagai LEWAT (DELAY) tetapi mereka menyedapkan perkataannya kepada ‘penjadualan semula;’, maka anda tidak boleh menuntut insurans untuk kelewatan. Mengarut betul.”

Swathi [email protected] berkata: “@airasia. Sila hentikan perkhidmatan anda jika tidak mampu menawarkan perkhidmatan kepada penumpang. Penerbangan kami terlewat 2.45 jam dan menunggu sehingga 40 minit untuk mengambil bagasi di tempat mengambil bagasi. Sudah sampai masanya anda tidak perlu lagi menyertai persaingan (perniagaan ini). Tanpa komtmen anda tidak akan ke mana

“@airasia. Flight malam dari kuching memang selalu delay. Tah pape airasia ni,” kata Qa [email protected]

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) juga tidak terkecuali masih banyak mempunyai rungutan mengenai penerbangan lewat dalam masa beberapa hari ini.

Paul [email protected] berkata, “@MAS… menikmati kelewatan penerbangan yang lama dan kekurangan perkhidmatan. SIla berhenti berlakon yang syarikat penerbangan anda memberikan perkhidmatan terbaik”

“Terima kasih @MAS untuk kelewatan ketiga MH164 💆🏻‍♂️ Terpaksa terlepas penerbangan selanjutnya untuk ke destinasi saya.. Apa yang boleh saya buat buat untuk menunggu selama 7 jam di lapangan terbang,” rungut Muizz [email protected]

Michael [email protected]_lord yang marah berkata:” @MAS. Anda sangat buruk. Bagaimana anda boleh melewatkan penerbangan MH128 dari Melbourne selama 6 jam ke KL pada Tahun Baru Cina. Tiada penjelasan diberikan. And aperlu menguruskan kapal terbang anda dengan baik. Anda anda akan membayar segala perbelanjaan kami ketika menanti kelewatan tersebut?

[email protected]_dinesh pula berkata: “Malaysia Airlines menjadi bertambah buruk dari segi pembatalan dan kelewatan penerbangan Tempah tiket dari Johor ke India dan penerbangan dari Johor ke KL lewat dan saya terlepas penerbangan dari KL ke India.

“Bagi menambahkan lagi isu kelewatan. Hotel yang MAS berikan untuk penumpang yang terlewat sangat teruk. Terpaksa bercerita kepada setiap individu yang ditemui untuk mendapatkan sarapan pagi dan makan tengah hari yang dihidang dengan ayam walupun saya telah membuat tempahan vegetarian, Makan tengahari yang teruk. Rasa seperti menjadi banduan kepada MAS,” katanya.

Bagaimana, berbanding dengan penerbangan lain, unit media sosial MAS ada memberi jawapan standard kepada rungutan mengenai kelewatan yang dihadapi penumpang seperti “Di sebalik usaha terbaik pasukan kami, kelewatan dan pembatalan penerbangan mungkin tidak dapat dielakkan disebabkan oleh masalah operasi, cuaca dan teknikal.”

“Kami benar-benar memahami kekecewaan anda. Harap maklum bahawa bukan matlamat kami untuk mengecewakan pelanggan kami dengan cara ini. Yakinlah bahawa maklumat iniakan dikongsi secara dalaman bagi mengelak kejadian sebegini tidak berulang. -YU” kata Twitter MAS.

Nota: Pembaca yang mempunyai sebarang aduan atau rungutan mengenai sebarang isu atau masalah setempat, boleh membuat aduan kepada UtusanTV melalui ruanga ‘Apa Dah Jadi’ atau e-mel kepada [email protected]