SAMBUTAN ulang tahun kelahiran penyanyi Zizi Kirana pada tahun ini cukup bermakna apabila dia dan suaminya, Yusuf Bahrin berangkat ke Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.

Sebelum berlepas ke Tanah Suci, penyanyi Eh itu diraikan oleh keluarga serta suaminya dengan sebiji kek hari jadi di lapangan terbang.

“Assalamualaikum, Insya-Allah saya dan suami akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.

“Kepada semua kenalan kami dekat atau pun jauh, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan atas segala salah dan silap daripada kami.

“Moga kita semua dapat keredaan Allah SWT dan syafaat Nabi Muhammad SAW. Insya-Allah,” tulis Zizi di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Zizi Kirana sah isteri Yusuf Bahrin

Menjengah ke ruangan komen, rakan artis dan pengikut Zizi, rata-rata mendoakan agar semua urusan pasangan ini dipermudahkan.