POLIS kini memburu dua lelaki samun bersenjata parang di sebuah kedai makan dekat Jalan Stutong, Kuching, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 4.55 pagi.
Beliau berkata, jumlah kerugian yang dialami mangsa sebanyak RM2,000.
“Pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Kuching dan Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak digerakkan bagi mengesan suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel ; Warga emas disyaki dibunuh dalam kejadian samun di rumahnya
Kertas siasatan kini dibuka dan kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami