Tangkap layar rakaman memaparkan suspek mencuri wang tunai sebanyak RM1,589 (12,213 baht) dari sebuah kedai peralatan elektrik di Chiang Mai, Thailand.

SEORANG pencuri sempat meninggalkan sekeping nota memohon maaf selepas mencuri wang tunai sebanyak RM1,589 (12,213 baht) dari sebuah kedai peralatan elektrik di Chiang Mai, Thailand, Ahad lalu.

Memetik laporan The Thaiger, suspek berusia lingkungan 30 tahun itu menceroboh kedai terbabit dengan memakai topeng muka pada pukul 1 pagi.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek telah memecah tingkap lalu masuk ke dalam kedai dengan membawa lampu suluh.

Suspek juga dilihat dengan tenang menanggalkan bolt mesin tunai satu persatu dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk melarikan wang tunai terbabit.

Baca artikel : Sudah kantoi, pencuri berpura-pura tanya tandas di mana, usik netizen

Sebelum beredar, suspek sempat menulis nota pada sekeping kertas A4 dan meninggalkannya di atas kerusi.

“Maaf, saya tak makan,” tulis pencuri itu.

Suspek memohon maaf kepada pemilik kedai dengan menulis nota di atas sekeping kerta A4. GAMBAR: WETV.

Sementara itu, menurut pemilik kedai yang dikenali sebagai Jatupol, 36, beliau menyedari premisnya dirompak pada hari Isnin.

Jatupol mengesyaki bahawa pencuri itu telah melakukan perancangan yang rapi kerana kedai tersebut tutup pada hari Ahad.

Katanya, ini adalah kali pertama premisnya dipecah masuk dan tiada wang tunai yang tinggal selain beberapa keping syiling.

Malah, Jatupol juga mengakui dia jatuh kasihan terhadap pencuri itu setelah melihat nota yang ditinggalkan.

Bagaimanapun, Jatupol kemudian memutuskan untuk membuat laporan polis kerana suspek mencuri wang tunai dalam jumlah yang banyak.

Jelas Jatupol, dia berharap pihak polis dapat menangkap suspek bagi mengelakkan perkara sebegini terjadi kepada premis perniagaan yang lain.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram