Tangkap layar rakaman memaparkan suspek (kiri) ditahan orang awam selepas dipercayai mencuri wang dari laci kaunter bas ekspres.

SEORANG wanita bernasib baik apabila “dibebaskan” oleh majikan kaunter bas selepas mengembalikan wang yang dicurinya.

Dia sebelum itu ditangkap orang awam kerana dipercayai mencuri wang dari laci kaunter bas ekspres dekat Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC) Kulai, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, dalam kejadian pukul 9 malam itu, orang awam bersama penjaga kaunter telah membuat soal siasat dan pemeriksaan ke atas suspek dipercayai berbangsa Cina.

“Ekoran kejadian itu, suspek telah mengembalikan wang yang diambil kepada majikan kaunter bas ekspres.

“Majikan terbabit telah memaklumkan kepada pihak polis untuk tidak memanjangkan kes kerana suspek telah memulangkan semula wang tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel :Pencuri tinggalkan nota mohon maaf selepas curi wang tunai RM1,589

Jelasnya, soal siasat ke atas suspek mendapati suspek gagal memberikan butiran peribadi dan disyaki mempunyai masalah mental.

“Suspek telah dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami