KERAJAAN akan melaksanakan program Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing bagi menyegerakan proses permohonan serta kelulusan penggajian pekerja asing bagi lima sektor dan sub sektor kritikal. - GAMBAR HIASAN

KERAJAAN digesa untuk menghentikan monopoli operasi sistem digital pengambilan pekerja asing yang dipraktikan oleh segelintir agensi ketika ini.

Monopoli itu menurut Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (PAPSMA), menggunakan sindiket yang terdiri daripada agensi pekerjaan negara yang tertentu untuk mengeksploitasikan kemasukkan pekerja asing khusunya dari Bangladesh.

Setiausaha Agung PAPSMA, Dr Sukumaran Nair berkata, walaupun beribuan kelulusan telah diberikan, namun pekerja yang sampai untuk bekerja adalah begitu rendah jumlahnya.

“Kerajaan diseru mengambil alih operasi sistem digital dan memperincikan struktur proses pengambilan pekerja asing dengan serta merta.

“Kami menyeru kerajaan manamatkan polisi merekrut segolongan agensi pekerja asing dari negara sumber tersebut kerana tidak dijalankan dengan cara yang teratur dan mengikut lunas lunas polisi kerajaan yang sedia ada.

“Oleh yang demikian mungkin unsur unsur rasuah dikelihatan berlaku dalam pengambilan pekerja asing di Malaysia dengan secara ketara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca lagi:  21 saman dikeluarkan dalam Op Khas Saman Warga Asing di Dungun

Mengulas lanjut, Sukumaran berkata, PAPSMA menyeru kementerian dan agensi berkaitan untuk mengambil berat tentang etika dan polisi kerajaan yang sedang dipraktikan dalam pengrekrutan pekerja asing.

Selain itu, beliau berkata, kementerian dan agensi berkaitan juga perlu menghindarkan mana-mana negara asing yang terlibat untuk tidak menggangu proses dan protokol yang ditetapkan kerajaan.

Jelas beliau, hal itu kerana Malaysiakini telah terjerumus di kategori Tahap Ketiga di bawah ILO dalam sektor pengambilan pekerja asing Global.

“PAPSMA akan menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan bagi membendung sebarang aktiviti yang tidak diigini dalam proses pengrekrutan pekerja asing ke negara ini dan sekaligus menamatkan segala proses monopli dan eksploitsasi pekerja asing dari mana mana negara yang di benarkan membekal kepada majikan majikan di Malaysia.

“PAPSMA juga menyeru agar kementerian yang terlibat mengadakan sesi dialog dan perjumpaan agar berita dan infomasi sebenarnya dapat diketahui oleh pucuk pimpinan Kementerian yang baru dilantik dibawah kerajaan perpaduan ini.

“PAPSMA juga menyokong perjumpaan dua hala yang akan datang di antara Malaysia dan negara-negara pembekal untuk mengadakan sesi perjumpaan bagi menyelesaikan masalah yang telah membantutkan dan melewatkan proses kemasukan pekerja asing,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram