Hantaran emel tular yang mendakwa Pemangku Ketua Polis Selangor terlibat dalam jenayah penipuan 'scam'.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penglibatan Pemangku Ketua Polis Selangor dalam jenayah penipun ‘scam’ menerusi hantaran emel yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, hantaran tular itu menggunakan nama Telekom Malaysia Berhad dan Maybank Berhad dengan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM270,000 kepada pemenang peraduan.

Malah, dalam hantaran itu juga memaklumkan PDRM bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengesahkan hadiah yang ditawarkan oleh agensi terbabit adalah benar.

“Ditegaskan kandungan terbabit adalah satu bentuk penipuan yang menggunakan nama PDRM, SPRM dan menyamar menggunakan nama saya bagi memperdayakan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel : MCMC sekat 1.8 bilion panggilan ‘scam’ sejak 2017

Jelasnya, siasatan akan dijalankan ke atas individu tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama beliau.

Sehubungan itu, oang ramai diminta berhati-hati dan tidak mudah percaya dengan sebarang taktik penipuan masa kini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram