TUJUH anggota tentera daripada Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) selamat dalam kejadian bot karam berhampiran Pulau Nunuyan, Sandakan pagi semalam.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, kejadian berlaku kira-kira 11 pagi ketika bot ronda anggota berkenaan dipukul ombak besar di perairan pulau itu.

“Pada 25 Jan (semalam), lebih kurang 10 pagi, bot ronda Viper 7 Markas ATB 2 dengan kekuatan tujuh anggota tentera bertolak dari Pulau Bakungan Kecil ke jeti Markas ATB 2 di Batu Sapi, Sandakan bagi tujuan pengisian minyak logistik dan kebajikan anggota.

Baca lagi: Cubaan godam: Seluruh rangkaian komunikasi ATM selamat

“Bagaimanapun, pada kira-kira 11 pagi, ketika bot ronda itu tiba berhampiran laut Pulau Nunuyan, telah dipukul ombak besar dan menyebabkan ia (bot ronda) karam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata kesemua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira 2.50 petang semalam oleh sebuah bot ronda Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 dengan sebuah bot PSC 66, dan dibawa ke markas operasi Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan untuk rawatan dan proses dokumentasi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram