Tentera Israel membunuh 10 penduduk Palestin dalam serangan di Tebing Barat.

TENTERA negara tidak diiktiraf Israel membunuh 10 penduduk Palestin dalam serangan mengorbankan banyak nyawa sejak rejim Zionis mula menceroboh kawasan pendudukan di Tebing Barat setahun lalu.

Menurut Menteri Kesihatan Palestin, sembilan daripada mereka yang dibunuh merupakan penduduk di kem pelarian Jenin.

Manakala, seorang lagi mangsa adalah pemuda berusia 22 tahun yang ditembak oleh pasukan keselamatan rejim Zionis di bandar al-Ram, utara Baitulmaqdis.

Dalam pencerobohan di Jenin yang mana penduduk Palestin menyifatkannya sebagai tindakan pembunuhan beramai-ramai, sekurang-kurangnya 20 orang cedera dengan empat dalam kritikal akibat ditembak menggunakan peluru hidup.

Pegawai Palestin melaporkan, antara mereka yang terkorban adalah warga emas dikenali sebagai Magda Obaid oleh pihak berkuasa Hospital Jenin.

Baca artikel lain: Panglima Tentera Laut dirai dalam majlis persaraan di Pangkalan TLDM Lumut

Sementara itu, Brigade Syuhada Al-Aqsa melaporkan, seorang daripada anggota mereka iaitu Izz al-Din Salahat juga terkorban dalam serangan berkenaan.

Menurut Kementerian Kesihatan, seorang lagi mangsa yang terbunuh adalah Saeb Azriqi, 24, meninggal dunia akibat kecederaan di hospital.

Kementerian menambah, situasi di lokasi kejadian berdepan dengan pelbagai masalah, dengan mereka yang cedera semakin ramai tiba di hospital apabila terdapat dakwaan tentera Israel menghalang ambulans serta pasukan perubatan.

“Terdapat pencerobohan yang tidak pernah berlaku sebelum ini…dari segi berapa besar dan jumlah kecederaan,” kata Pengarah Hospital Jenin, Wissam Baker kepada Al Jazeera.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram