BEKAS ahli UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, pemecatan beliau daripada parti tersebut tidak bermakna semua sudah berakhir bagi dirinya.
“But, as i said, it’s not the end. It’s far from the end (seperti saya kata, ia bukan penamat. Ia sama sekali jauh daripada penamat,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada status dimuat naik oleh Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di laman Instagram, hari ini.
Sebelum itu, Hishammuddin dalam statusnya berkata: “Their evil must not make us lose our good”.
Baca artikel lain: Karier politik KJ belum berakhir, Tun M juga dulu dipecat UMNO – Penganalisis
Terdahulu, mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi memutuskan untuk memecat dan menggantung beberapa nama besar yang didakwa mensabotaj parti.
Antara yang dipecat ialah Khairy, Tan Sri Noh Omar, lima ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang, sembilan ahli UMNO Bahagian Putrajaya, dua ahli UMNO Bahagian Tanjung Karang dan 26 ahli UMNO Pahang.
Manakala Hishammuddin, Datuk Maulizan Bujang, Datuk Seri Mohd Salim Sharif dan Shahril Sufian Hamdan digantung keahlian selama enam tahun.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram