Saidina Ali r.a. atau Ali bin Abi Thalib merupakan sepupu dan juga menantu kepada Baginda s.a.w. setelah beliau mengahwini puteri Rasulullah s.a.w. bernama Fathimah. Setelah kewafatan saidina Usman ibnu Affan maka beliau dipilih untuk memimpin umat Islam sebagai khaifah ar-Rasyidin yang keempat selama hampir 5 tahun.
Menyelusuri sirahnya, saidina Ali r.a. adalah orang yang ke-2 memeluk Islam selepas Khadijah binti Khuwailid iaitu isteri Baginda s.a.w. Membawa gelaran “karamallahu wajhah” yang bermaksud Allah memuliakan wajahnya kerana beliau selalu menjaga pandangannya dari hal-hal yang buruk, beliau termasuk dalam kalangan 10 sahabat yang dijamin syurga.
Sejak dari kecil beliau terkenal dengan keberaniannya. Salah satu peristiwa yang membuktikan keberaniannya adalah pada ketika rumah Rasulullah s.a.w. telah dikepung oleh para pembunuh dari kalangan kaum Quraisy yang merancang untuk membunuh Baginda s.a.w.
Lalu Baginda meniupkan pasir yang telah dibacakan ayat al-Quran kepada para pembunuh di luar rumahnya dan dengan izin Allah mereka tertidur dengan nyenyak. Sebelum pergi meninggalkan rumahnya, Baginda s.a.w. telah mengarahkan saidina Ali untuk menggantikan tempat tidurnya di katil.
Beliau tahu pada ketika itu ramai pembunuh di luar rumah dan sudah bersiap sedia untuk menyerang Rasulullah namun beliau tetap berani mengambil risiko tersebut agar Rasulullah selamat untuk melarikan diri. Disebabkan jasa dan keberanian beliau sehingga Baginda berjaya meninggalkan Mekah dan seterusnya mengembangkan syiar Islam di bumi Yastrib dan meluas hingga kini.
Saidina Ali r.a. juga terkenal sebagai seorang yang alim, berilmu dan bijaksana. Seorang yang sangat cintakan ilmu pengetahuan. Seorang pahlawan perang yang hebat dan digeruni, negarawan dan diplomat. Beliau juga seorang pemimpin yang mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan peribadi. Cinta kepada kedamaian dan tegas dalam melaksanakan amal makruf nahi mungkar.
Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, saidina Ali r.a. meriwayatkan daripada Baginda s.a.w. bersabda, “Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka Allah menimpakan bala bencana ke atas mereka iaitu:
- Harta dirampas daripada peperangan diagihkan kepada orang tertentu sahaja
- Wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan
- Sesuatu diamanahkan menjadi milik sendiri
- Suami terlalu mentaati isteri
- Anak menderhaka kepada kedua-dua ibu bapanya
- Memuliakan teman daripada ibu bapanya sendiri
- Banyak bunyi bising
- Membicarakan hal keduniaan dalam masjid
- Pemimpin dihina kaum sendiri
- Memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman
- Arak minuman biasa dalam majlis
- Ramai lelaki memakai sutera
- Wanita dijemput dalam majlis untuk menghiburkan lelaki
- Wanita mula bermain alat muzik
- Orang terkemudian menghina orang terdahulu
____________________________________________________
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’