Ayam antara makanan kegemaran orang Malaysia. Semua orang suka makan ayam. Tapi tahukah anda cara proses untuk menghilangkan bau hanyir ayam sebelum dimasak? Kata orang, jika kita tidak betul membersihkannya, ayam tidak tahan lama dan cepat berbau setelah dimasak. Mungkin ada benarnya. Sedikit sebanyak tip ini boleh membantu anda.

Petua mudah untuk menghilangkan bau hanyir ayam :

1. TEPUNG GANDUM
Rendam ayam dengan tepung gandum selama 30 minit sebelum mencucinya. Bukan sahaja bau hanyir hilang, bahkan lelemak ayam juga akan keluar.

2. AIR ASAM JAWA
Lumur ayam dengan asam jawa, perapkan selama 20 minit. Bilas dengan air, ayam kelihatan putih bersih.

3. AIR BASUHAN BERAS
Lebihan air basuhan beras jangan dibuang. Rendam ayam selama 20 minit, air akan bertukar warna dan lelemak ayam akan kelihatan.

4. CUKA
Rendam ayam dengan sedikit cuka, ketika mencuci akan kelihatan lendir ayam keluar dan ayam lebih bersih.

5. LIMAU NIPIS & LIMAU KASTURI
Perap daging ayam dengan perahan limau nipis atau limau kasturi dan garam selama 20 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.