Kenyataan Marie Kondo, seorang perunding penyusunan inventori dari Jepun dengan teknik KonMari ini mengundang pelbagai reaksi warganet. Rata-rata memandang sinis akan keputusan yang dibuat Marie Kondo apabila mengakui sudah ‘tewas’ dengan teknik penyusunan yang diamalkan selepas mempunyai anak.
Walau bagaimanapun, menurut perkongsian Siti ‘Aisyah Rozalli, kata-kata ‘tidying up your life‘ yang dijelaskan menerusi artikel tersebut lebih bermakna kerana ia menjadikan kehidupan lebih tenang dan kurang berserabut.
Utamakan dan dahulukan apa yang penting dan jalani kehidupan dengan tenang.
“Ramai pula orang gelakkan Marie Kondo.
Rasa “hmm” pula bila orang yang cakap pasal parenting dan tegakkan gaya parenting sendiri pun nak gelakkan Marie Kondo ni.
“Haa… Baru tahu…”
“Takde anak, bolehlah nak sembang rumah kemas”.
Hmm….
Saya suka je konsep “tidying up” ala KonMari tu.
Memang agak sukar untuk buat perfect bila anak kita ramai, tapi, konsep simpan apa yang kita guna, let go apa yang jarang dan kita tak guna tu, saya suka.
Sangat bagus untuk kesejahteraan mental bagi saya.
Lagi banyak benda kita simpan, yang buat kita terfikir-fikir… Rosak ke, bila nak guna, siapa nak guna, mana nak simpan…
Lagi serabut kepala.
Dalam Islam pun, kita diajar yang semua barang yang kita ada akan dipersoalkan penggunaannya. Kita guna ke. Kita simpan ke. Kita syukur nikmat ke. Kita kufur nikmat.
Lagi sikit barang, lagi kurang beban nak jawab kat akhirat kan.
Dan…
Ini perjalanan parenting Marie Kondo.
Sebagai seorang yang suka baca dan kongsi tentang parenting, saya respect apa yang Marie Kondo kongsikan.
Bukti bahawa dia juga manusia.
Dia juga sedang cope dengan apa yang dia sedang lalui.
“Tidying up your life”.
Saya suka ayat dia tu.
Hilangkan serabut diri kita.
Kalau kemas rumah hari-hari buat kita serabut, toksah buat.
Kalau nak ikut cara kemas yang perfect buat kita serabut, toksah buat.
Kalau anak satu pun kita rasa dah serabut, cukuplah satu. Biar je lah mak jiran sepupu kita nak kata “takkan satuuu jeeee”.
Kita yang jaga anak tu. Bukan dia.
Nak hidup tenang ni, kena kurangkan bebanan yang kita fikir. Kurangkan expectations. Kurangkan sibuk tengok berita nak gelakkan orang.
Kalau kita rasa relax lepas gelakkan orang lain, tu namanya kita ni ada penyakit dengki. Bahaya tu. Susah kita nak grow positively nanti 🤦🏻♀️
Enjoy our own parenting journey.
Celebrate parenting journey orang lain.
Kalau tak tahu nak komen apa, tak payah into the scene 😅
Banyak lagi benda kita nak buat kan, mommies semua 😁❤️❤️
By the way…
Saya yakin ‘give up’ dia tu, rumah dia tetap lagi kemas bertubi-tubi bersinar dari saya 🤣.”




Kredit : Siti ‘Aisyah Rozalli