SELEBRITI terkenal, Neelofa dikhabarkan sedang hamil anak kedua selepas video aksinya sedang memegang perut tular di media sosial.
Menerusi video di TikTok, perubahan perut Neelofa jelas kelihatan membesar seperti wanita mengandung ketika dia memberi ucapan pada majlis sambutan ulang tahun pertama anak sulungnya, Muhammad Bilal, semalam.
Biarpun Neelofa dan suaminya, Muhammad Haris masih mengunci mulut, namun netizen seakan dapat meneka jika Bilal akan bergelar abang tidak lama lagi.
“Kalau kita tahu dah mengandung, tangan automatik akan usik perut saja. Tak tahu kenapa tangan selalu akan ke perut.
“Alhamdulillah, nampak dah ‘baby bump’ Neelofa.
“Mengah bawa perut. Memang kekadang kena usap lagi-lagi bila berdiri. Biasanya dah banyak bulan usia kandungan ini,” komen netizen di TikTok.
Sebelum ini, timbul khabar angin yang mendakwa Neelofa hamil anak kedua selepas dia ditolak dengan kerusi roda sewaktu tiba di Brunei pada akhir tahun lalu.
Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Bilal pada 29 Januari tahun lalu
@urtv_official Nampak macam ada ‘baby bump’. Kalau betul Neelofa hamil, tahniah URTV ucapkan #urtv #utusantv #neelofa #babybump #artismalaysia #selebritimalaysia #sembangentertainment #trendingnewsmalaysia #trending #viral #masukberanda #fyp #beritaditiktok ♬ Ya Rabb يارب – Muhajir Lamkaruna