DATUK Seri Hishammuddin Tun Hussein mendedahkan yang beliau telah menerima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO.
Begitupun, ahli Parlimen Sembrong itu berkata, surat tersebut tidak menyatakan sebab dan alasan penggantungan keahliannya.
“Baru sahaja terima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO saya. Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya ringkas.
Baca lagi: UMNO Sembrong tuntut penjelasan penggantungan Hishammuddin
Hishammuddin memuat naik kenyataan ringkas berserta gambar surat rasmi penggantungan keahlian UMNO di Facebook beliau hari ini.
Berdasarkan surat tersebut, Hishammuddin digantung keahlian dalam parti mengikut Fasal 10.6 dibaca bersama 5.9 Perlembagaan UMNO.
Jelas surat tersebut, penggantungan itu adalah selama enam tahun bermula daripada 27 Januari 2023 atau bersamaan dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram