AirAsia memohon maaf kepada tetamu yang telah mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan.

RUANGAN Apa Dah Jadi UtusanTV minggu ini masih memaparkan kisah pengalaman penumpang yang terpaksa menghadapi pengalaman memeritkan diri dan anak ketika menaiki penerbangan AirAsia apabila menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching baru-baru ini.

Apa yang menyebabkan penumpang ini berasa marah adalah kakitangan penerbangan itu langsung tidak menggunakan budi bicara untuk membenarkan dia dan anaknya menaiki penerbangan walaupun satu daripada bagasinya telah dapat ‘check-in’ melalui perkhidmatan ‘bag drop’ dan kemudiannya terpaksa berbelanja lebih untuk membeli tiket baru.

Disebabkan kejadian itu, kedua-dua beranak tersebut akhirnya tiba di Kuching pada pukul 2 pagi dan tidak dapat ke sekolah keesokan harinya, walaupun penerbangan asal adalah pada 3.55 petang.

Berikut ialah keluhan Angelina Sinyang melalui Facebook peribadinya:

“Apa nak jadi AirAsia ni…tak sudah-sudah menyusahkan customer.
Flight balik Kuching sepatut 3.55 petang, dah check in, tinggal print tag dan drop bag je kat airport.

Sampai airport tengok skrin flight delayed 4.30 petang. Drop bag…1 luggage lepas, yg lain dah tak boleh drop. Minta terus ke kaunter. Sampai kaunter, rupa dah tutup, petugas AirAsia cakap dah tak boleh drop bag sebab dah 2 kali final call. Minta beli tiket baharu kalau nak balik juga.

BERITA BERKAITAN ‘Flight delay’ – fenomena biasa penerbangan di Malaysia yang tidak akan berubah?

Laa…macam mana luggage 1 dah terlepas masuk. Beg-beg lain tak boleh, kalau cuma ada hand carry luggage, no hal…boleh je naik flight. Ni beg-beg besar nak simpan mana…luggage dah beli 20 kg seorang.
Diminta ambik semula luggage yg dah drop kat arrival di bahagian tuntutan bagasi, beli tiket baharu, kemudian check in dan drop semua luggage sekali.

Tiba di bahagian tuntutan bagasi merayu minta drop bag baki. Hello…flight 4.30 pm delayed, belum sampai pun kat KLIA, takkan tak sempat antar bag ke dalam flight. Tapi bo layan…tetap diminta beli tiket baharu. Dah le, email maklum flight delayed hanya masuk pukul 5.30 petang, dah lama terbang pun ‘belon’ tu. Dah tu, luggage drop terdahulu pula, hanya dapat ambil balik pukul 5.30 petang.

Pergilah ke sales counter nak beli tiket…tu dia…4 orang kalau naik flight paling awal 7.45 petang plus beli luggage, kena bayar RM3,966. Fuhh…agak-agak boleh beli moto cash tu. Flight lain juga ribuan ringgit katanya.

Nak murah…ambik flight esok pagi je dan beli online, kata sales assistant tu. So, call anak buah, plan nak balik rumah dulu, esok baru balik.

Tiba-tiba seorang anak buah dr Kuching, whatsapp ada ticket online boleh dapat lebih RM200 seorang belah malam. Ok…minta anak buah di KL check, lama tunggu sbb sistem AirAsia down pula. Akhirnya, dapat ticket flight pukul 9.55 malam. Terbanglah duit RM1,399.20 Tak pe…kita tunggu asal dapat balik hari sama.

Penat pusing KLIA dan dinner…masuklah balai berlepas…alamak tengok flight delayed ke pukul 11.30 mlm, sampai Kuching 1.10 pagi. Tak de pilihan, tunggu…sekali delayed lagi ke pukul 12.05 tengah malam. Pukul berapa nak sampai umahlah ini gaya??.

Tak ke gila tu…kesian si anak, esok nak sekolah. Terpaksa le ponteng nampaknya…penat oooiii tak cukup tido.
Bukan flight kita je problem, kakak dan husband naik flight ke JB, dah le delayed. Sampai JB, boleh luggage ditinggal AirAsia di KLIA. Nasib baik, dia org antar naik flight lain kemudian antar terus ke rumah.
Gila…gila…??.”

Beberapa rakan Angelina yang memberi komen turut berkongsi pengalaman mereka apabila penerbangan syarikat tambang murah ini (sekarang tak murah dah…) sering terlewat dan kakitangan enggan memberi kerjasama.

Nota: Pembaca yang mempunyai sebarang aduan atau rungutan mengenai sebarang isu atau masalah setempat, boleh membuat aduan kepada UtusanTV melalui ruangan ‘Apa Dah Jadi’ atau e-mel kepada [email protected] untuk kami paparkan di portal ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram