Sup kalau makan panas-panas, memang menyelerakan. Tak sah, kalau tak tambah nasi. Sup juga merupakan hidangan yang sihat. Boleh dipelbagaikan cara hidangan, sama ada dijamah bersama nasi atau pun roti. Ikutlah selera kita. Saji kongsikan tiga resipi ringkas dan mudah masak ini buat anda sekeluarga.

SUP LABU

SUP LABU
BAHAN

300 gm labu
1 batang lobak merah
1 labu bawang besar
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk stok ayam
2 tangkai daun kari
50 ml krimer
CARA PENYEDIAAN

  1. Labu, lobak merah dan bawang besar di potong kecil.
  2. Kemudian gaulkan dengan serbuk kari. Letakkan di dalam dulang pembakar.
  3. Bakar selama 20 minit pada suhu 180⁰C.
  4. Keluarkan dari ketuhar, masukkan ke dalam periuk. Tambahkan sedikit air.
  5. Kemudian dengan menggunakan pengisar tangan, kisar ke semua bahan ini hingga halus.
  6. Selepas itu, tambahkan krimer sedikit demi sedikit, kacau sebati.
  7. Masak sehingga sup mendidih. Masukkan stok ayam dan sebatikan rasa.
SUP KAMBING BEREMPAH

SUP KAMBING BEREMPAH
BAHAN

500 gm tulang kambing
2 ½ sudu besar serbuk rempah sup
2 biji tomato – belah 2
4 tangkai daun bawang – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar minyak masak
Garam

BAHAN TUMISAN A
2 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga

BAHAN TUMISAN B
4 ulas bawang putih – hiris
3 ulas bawang merah – hiris
3 cm halia – hiris

CARA PENYEDIAAN

  1. Tulang kambing direbus sehingga lembut. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumisan A diikuti dengan bahan tumisan B.
  3. Masukkan rempah sup, lada hitam, serbuk kunyit dan serbuk lada sulah.
  4. Setelah tumisan naik bau, tuangkan ke dalam periuk yang berisi rebusan tulang kambing. Kacau rata.
  5. Taburkan hirisan daun bawang, tomato dan garam secukup rasa. Masak lagi sehingga mendidih.
SUP ITIK ALA NYONYA

SUP ITIK ALA NYONYA
BAHAN

1 ekor itik – potong 10
1.5 liter air rebusan ayam
250 gm sayur asin – hiris
1 labu bawang besar – potong 6
6 biji cendawan shiitake – rendam dan potong dua
1 sudu besar sos plum
1 sudu kecil serbuk stok ayam
Garam
BAHAN HERBA BUNJUT
Sedikit buah pala
Sedikit lada sulah
Sedikit halia
Sedikit bawang putih

CARA PENYEDIAAN

  1. Tapis air rebusan ayam dan panaskan di dalam periuk.
  2. Masukkan itik dan reneh dengan api perlahan.
  3. Masukkan ke semua bahan berserta herba bunjut
  4. Tambahkan garam dan serbuk pati ayam,secukup rasa.
  5. Reneh sehingga itik masak dan lembut.