HEPATITIS A
Jangkitan disebabkan oleh virus hepatitis A (HAV) yang menjejaskan hati. Ia boleh menyebabkan radang yang mengganggu fungsi hati. Risiko HAV adalah lebih tinggi di negara-negara dengan kadar jangkitan yang tinggi, sanitasi yang tidak baik serta makanan dan air yang tidak bersih.
Bagaimana HAV merebak?
● Makanan dan air yang tercemar.
● Sentuhan dengan orang yang dijangkiti.
Komplikasi Jangkitan Hepatitis A
● Hepatitis A menjejaskan hati yang memerlukan beberapa minggu hingga bulan untuk sembuh.
● Individu yang dijangkiti dengan kegagalan hati kronik adalah berisiko tinggi untuk kegagalan hati akut.
● Kanak-kanak yang dijangkiti boleh mengalami penyakit untuk tempoh yang lebih lama berbanding orang dewasa (sehingga 10 minggu).
● Kadar kematian adalah lebih tinggi bagi orang dewasa yang dijangkiti yang berusia 50 tahun ke atas.
Awasi Gejala-Gejala Ini : (Gejala berlaku dengan tiba-tiba dan mungkin hanya kelihatan dalam masa tiga hingga enam minggu selepas jangkitan HAV).
● Demam
● Loya dan muntah
● Air kencing berwarna gelap
● Demam kuning
● Penat
● Hilang selera makan
● Sakit badan
● Sakit sendi
HEPATITIS B
Jangkitan hati yang berpotensi membawa maut disebabkan oleh virus hepatitis B (HBV) yang merupakan 50 hingga 100 kali lebih menjangkiti berbanding HIV. HBV menjangkiti hampir dua bilion orang di seluruh dunia dan mengakibatkan lebih kurang 600,000 kematian setiap tahun.
Bagaimana HBV merebak?
● Seks yang tidak dilindungi.
● Barang kebersihan peribadi yang dijangkiti.
● Luka yang bersentuhan dengan cecair atau barang yang dijangkiti.
● Daripada ibu kepada bayi semasa kelahiran.
Komplikasi Jangkitan Hepatitis B
● Penyakit hati kronik.
● Lebih daripada 350 juta orang yang dijangkiti mengalami jangkitan hati (kronik) jangka panjang.
● Lebih kurang 25 peratus orang dewasa yang dijangkiti semasa zaman kanak-kanak meninggal dunia akibat kanser hati atau sirosis (hati berparut).
Awasi Gejala-Gejala Ini:
● Demam
● Kepenatan
● Hilang selera makan
● Sakit otot dan sendi
● Najis pucat
● Seram sejuk
● Sakit kepala
● Muntah
● Air kencing berwarna gelap
● Demam kuning
DEMAM KEPIALU
Demam panas akut dan teruk disebabkan oleh bakteria Salmonella typhi yang boleh berlanjutan sehingga 10 hingga 14 hari. Dianggarkan 22 juta orang mengalami demam kepialu dan 216,000 meninggal dunia akibatnya setiap tahun. Bakteria ini meluas di negara-negara Asia Tenggara, Afrika sub-Sahara dan Amerika Latin.
Bagaimana Salmonella typhi merebak?
● Mengambil makanan dan minuman yang tercemar.
● Sentuhan rapat dengan individu yang dijangkiti.
Komplikasi Demam Kepialu. Salah satu daripada komplikasi yang paling berbahaya adalah pendarahan usus, dikesan dengan gejala-gejala berikut:
● Tekanan darah jatuh dengan tiba-tiba.
● Kejutan (darah tidak mengalir dengan baik dalam badan menyebabkan kerosakan organ).
● Darah dalam najis.
● Loya, muntah, sakit teruk dan sepsis (jangkitan darah).
Awasi Gejala-Gejala Ini :
● Demam panas berterusan
● Cirit-birit
● Kepenatan
● Hilang selera makan
● Sakit kepala
● Sakit otot dan sendi
INFLUENZA
Wabak influenza adalah bermusim, menjejaskan lima hingga 15 peratus penduduk dunia dan mengakibatkan 250,000 hingga 500,000 kematian setahun. Ia disebabkan oleh virus yang menjangkiti saluran pernafasan dan setiap orang adalah berisiko terutamanya kanak-kanak, orang tua, penghuni rumah penjagaan, pesakit HIV/AIDS dan gangguan pulmonari atau kardiovaskular kronik.
Bagaimana virus influenza merebak?
● Titisan daripada batuk dan bersin orang yang dijangkiti.
● Sentuhan langsung dengan benda yang tercemar.
Komplikasi Influenza
● Boleh menyebabkan jangkitan bakteria sekunder seperti pneumonia terutamanya pada kanak-kanak, orang tua dan orang berpenyakit kronik.
● Keadaan semakin teruk seperti penyakit jantung, paru-paru, asma, pulmonari kronik, kencing manis dan jangkitan miokardial.
● Boleh menyebabkan kematian pada pesakit yang mempunyai sistem imum yang rendah.
Awasi Gejala-Gejala Ini :
● Demam panas
● Penat dan lemah secara amnya
● Sakit otot dan sendi
● Batuk
● Hilang selera makan
● Sakit kepala
● Sakit tekak
● Mata merah dan berair
MENINGOCOCCAL
Jangkitan yang berpotensi membawa maut disebabkan oleh bakteria Neisseria meningitis yang menjejaskan otak dan saraf tunjang. Ia juga boleh menyebabkan septisemia (keracunan darah). Individu yang berisiko dijangkiti adalah yang menunaikan haji/umrah, perokok dan orang yang mengalami jangkitan saluran pernafasan, HIV/AIDS, anemia atau pemakanan tidak seimbang.
Bagaimana Neisseria meningitidis merebak?
● Titisan daripada batuk dan bersin orang yang dijangkiti.
● Sentuhan rapat seperti bercium (air liur).
Komplikasi Penyakit Meningococcal
● Sehingga lima hingga 10 peratus kanak-kanak yang dijangkiti meninggal dunia.
● Lebih kurang 10-15 peratus yang terselamat daripada jangkitan Meningococcal berkemungkinan mengalami masalah mental, pekak, lumpuh, kegagalan buah pinggang atau sawan.
Awasi Gejala-Gejala Ini:
● Sakit tekak
● Demam
● Sakit anggota dan sendi
● Leher kejang
● Muntah
● Sakit kepala
● Tidak suka cahaya terang
● Mengantuk