PAKATAN Harapan (PH) akan berada dalam keadaan bahaya sekiranya pimpinan parti itu menerima kemasukan Khairy Jamaluddin sebagai ahli.
Itu penegasan Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman berhubung desas-desus Khairy akan menyertai PH.
Menurut MK Ibrahim, hal itu kerana Khairy yang mesra dengan panggilan KJ itu bukan lah seorang yang taat pada parti.
Sebaliknya, MK Ibrahim berkata, karier politik Khairy menunjukkan yang bekas ahli Parlimen Rembau itu seorang yang populis.
“Secara peribadi, saya melihat kemasukan KJ (Khairy) sekiranya diterima pimpinan PH tidak akan menambah banyak sokongan sebaliknya meletakkan PH dalam bahaya.
“KJ bukanlah ‘party man’ tetapi beliau seorang populis dan sudah pasti kemasukannya sekadar untuk mencari populariti,” katanya memetik laporan Berita Harian.
Baca lagi: ’23 tahun setia namun dibuang dalam masa sehari’ – Khairy
Mengulas lanjut, MK Ibrahim berkata, pimpinan tertinggi PH juga perlu mengambil kira perasaan dan sentimen rakan parti gabungan sekiranya mahu menerima Khairy.
Jelas beliau, tindakan menerima seseorang yang pernah menjadi musuh kepada ‘rakan parti’ akan menimbulkan masalah kepada PH.
Selain itu, MK Ibrahim turut tidak menafikan risiko terhadap PH sekiranya Khairy menyertai Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan.
Menurutnya, PH dan BN akan berdepan saingan sengit untuk mengekalkan kerajaan sekiranya perkara itu berlaku.
“Bukan mudah untuk mengekalkan Kerajaan Perpaduan namun PH sudah bersedia mengatur tindakan dan strategi.
“AMANAH negeri akan meminta seberapa banyak kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak berapa lama lagi.
“Terpulang kepada kebijaksanaan pimpinan pusat berikutan ketika ini PH bersama BN sudah menjadi rakan Kerajaan Perpaduan.
“Soal calon bagi AMANAH juga belum diputuskan bukan sahaja di Negeri Sembilan sebaliknya negeri lain juga.
“Jawatankuasa pemilihan parti akan memilih calon yang layak tidak lama lagi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram