PAS sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berhubung dakwaan pemberian wang kepada pengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang lalu.
Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar memberitahu, setakat ini, tiada pemimpin daripada PAS dipanggil SPRM berhubung isu itu.
“Saya tak pasti, tetapi saya rasa SPRM akan menjalankan siasatan dengan telus, Insya-Allah, saya tak pasti siapa yang dipanggil dan sebagainya.
“Setakat ini, belum ada (pemimpin PAS dipanggil) tetapi (kita) sedia bekerjasama dengan SPRM dan mana-mana agensi kerajaan untuk menjalankan siasatan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: Jeti roboh: KKDW serah surat arahan pelaksanaan, peruntukan RM400,000
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pendidikan Islam Negeri Terengganu Kali Ke-2/2022 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, hari ini.
Terdahulu, sebuah portal melaporkan SPRM mengenal pasti kira-kira 90 individu yang didakwa menerima wang tunai di Terengganu untuk mengundi sebuah parti politik pada PRU-15.
Menurut sumber, ia bagi membantu siasatan berhubung video tular yang menunjukkan orang ramai dikatakan menunggu di hadapan sebuah bangunan untuk menerima bayaran daripada PAS bagi tujuan mengundi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram