Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan (tengah) bersama pegawainya menunjukkan pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat 123 kilogram serta peralatan untuk memproses dadah bernilai RM6.38 juta yang berjaya dirampas selepas menahan seorang suspek yang terlibat dalam kegiatan memproses dadah di dalam makmal haram serta mengedar dadah ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

POLIS dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serdang berjaya membongkar sebuah makmal dadah dalam satu serbuan di sebuah kawasan kilang di Seri Kembangan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, pihaknya juga berjaya menahan seorang lelaki dalam serbuan yang dilakukan pada 27 Januari lalu.

Jelas beliau, hasil serbuan itu telah menemukan tiga kotak yang berisi 47 peket plastik disyaki dadah MDMA (anggaran berat 70,719 gram).

“Selain itu, turut dirampas adalah 16 bekas plastik lutsinar berisi bahan disyaki MDMA (anggaran berat 52,330), satu peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu (anggaran berat 504 gram), tiga peket plastik mengandungi 18 botol plastik berisi serbuk disyaki dadah (anggaran berat 301.87 gram).

“Kita juga merampas tiga peket plastik kecil mengandungi 21 biji bil ekstasi (anggaran berat 7.41 gram), satu peket plastik lutsinar mengandungi ceraian dedaun kering disyaki ganja (anggaran berat 13.8 gram), tiga buah mesin dan beberapa peralatan digunakan untuk memproses dadah,” katanya dalam sidang media hari ini.

Peralatan untuk memproses dadah yang berjaya dirampas ketika Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca lagi: Polis tumpaskan sindiket dadah di KL, rampasan bernilai lebih RM200,000

Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, nilai rampasan dadah dalam serbuan itu kira-kira RM6.38 juta.

Beliau berkata, dadah yang dirampas itu dipercayai untuk dipasarkan sekitar Lembah Klang dan dipercayai dapat menampung penggunaan 410,000 orang penagih.

Menurut Anbalagan, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) (Pelucuthakan Harta) 1988 yang mana polis telah menyita dua buah kenderaan jenis Toyota Hilux dan van penghantaran jensi Nissan NV200.

Jelas beliau, nilai sitaan itu dianggarkan bernilai RM170,000 berserta wang tunai RM10,000.

“Suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 3 Februari mengikut Seksyen 39B ADB 1952.

“Jika sabit kesalahan, pesalah akan dijatuhi hukuman gantung sampai mati, sekiranya tidak digantung, akan dipenjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan (tengah) bersama pegawainya menunjukkan pelbagai jenis dadah dengan anggaran berat 123 kilogram bernilai RM6.38 juta yang berjaya dirampas selepas menahan seorang suspek yang terlibat dalam kegiatan memproses dadah di dalam makmal haram serta mengedar dadah ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram