Konflik kehidupan yang dihadapi ibu tunggal tidak pernah surut dan meliputi masalah stigma, konflik peranan, ekonomi dan emosi. Golongan ini sentiasa merasa tertindas dek kerana permasalahan yang tidak selesai sehingga menjejaskan kehidupan bersama anak-anak.
Ibu tunggal, jangan biarkan hak dirampas! Tuntut sehingga ke lubang cacing andai bekas suami culas menunaikan tanggungjawab dalam memberi nafkah. Jangan jadi tunggul dengan hanya menutup mata atas sikap tidak endah bekas suami. Jangan hanya menerima suratan takdir tanpa mencari pembelaan. Jangan sekadar menangisi nasib ditinggalkan bekas suami sehelai sepinggang, tuntut hak anda!
Episod VS WANITA kali ini akan membawakan Presiden Kelab Sokongan Ibu Tunggal (KSIT), Siti Hajar Mohd Arid untuk memperhalusi dan membincangkan hak ibu tunggal serta proses penuntutan nafkah mengikut proses undang-undang.
Ikuti temubual VS Wanita – Ibu tunggal – Jangan jadi tunggul!