SEPASANG suami isteri tergamak meninggalkan anak di kaunter pendaftaran masuk selepas tidak dapat membeli tiket penerbangan untuk bayi mereka.
Memetik laporan CNN, kejadian berlaku di Tel Aviv, Israel pada Selasa.
Pasangan yang masih belum dikenal pasti identiti itu sepatutnya menaiki pesawat Ryanair dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion ke Brussels, Belgium, bersama bayi mereka.
Bagaimanapun, ketika berada di kaunter pendaftaran masuk, bayi tersebut didapati tidak mempunyai tiket penerbangan dan pasangan itu kemudian mengambil keputusan meninggalkan anak mereka.
Perkara terbabit telah dirujuk kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
Sementara itu menurut jurucakap Ryanair, semakan mendapati pasangan terbabit didapati tidak membuat sebarang tempahan tiket penerbangan buat bayi mereka.
“Apabila membeli tiket penerbangan di dalam talian, terdapat mesej yang menyatakan bahawa ada caj tambahan sebanyak RM115 atau AS$27.
“Caj tersebut adalah bagi setiap penerbangan sehala di mana bayi berada di pangkuan orang dewasa”.
Baca artikel : Ibu, bayi enam bulan maut dalam nahas di Jalan Gua Musang-Kuala Krai
Sementara itu, Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Israel berkata, siasatan mendapati pasangan itu telah tiba lewat di kaunter pendaftaran dan penerbangan masuk terus ditutup sejurus itu.
Katanya, pasangan itu dilihat meninggalkan bayi mereka lalu berlari ke arah pemeriksaan keselamatan di Terminal 1 untuk ke pintu masuk pesawat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram