CADANGAN supaya sesi persekolahan di Semenanjung ditetapkan bermula pada pukul 8 pagi tidak menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) setakat ini.
Memetik laporan BH Online, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, banyak isu lain melibatkan sektor pendidikan yang perlu diberi tumpuan terlebih dahulu.
Sehubungan itu, Fadhlina memaklumkan KPM tidak bercadang untuk mengutamakan isu berkenaan untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.
Namun begitu, beliau berkata, KPM mendengar cadangan tersebut dan mendapatkan pandangan ibu bapa serta semua pemegang taruh.
“Pandangan berkenaan kita ambil, tetapi kita juga harus melihat daripada keseluruhan pandangan.
“Bagaimanapun tiada ketetapan yang akan dilakukan oleh KPM ketika ini,” katanya.
Baca artikel berkaitan: 7 teras KPM memenuhi konsep Madani – Fadhlina
Sebelum ini, kerajaan disaran menetapkan sesi persekolahan di Semenanjung bermula pukul 8 pagi bagi meraikan konsep Malaysia Madani serta slogan ‘Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera’.
Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Anuar Ahmad, berkata kerajaan sepatutnya ada rasa belas kasihan dan empati pada keadaan guru-guru, ibu bapa dan anak-anak yang terpaksa bangun seawal jam 4.30 pagi.
Pelbagai alasan diberikan termasuk murid bandar terpaksa meredah kesesakan jalan raya seawal jam 6 pagi untuk ke sekolah, manakala di pedalaman anak kecil terpaksa melalui jalan becak dan berlumpur, serta berperahu ke sekolah sedangkan hari masih gelap.
Cadangan mengenai penentuan sesi persekolahan jam 8 pagi itu turut mengundang perdebatan dengan pelbagai reaksi dan cadangan diterima berkaitan isu terbabit.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram