Sebahgian daripada perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. GAMBAR: Abd Razak Aid

USUL tambahan yang diluluskan sewaktu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 melibatkan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan tidak melanggar Perlembagaan parti atau Peraturan Mesyuarat.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Ahmad berkata, proses melibatkan usul dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang itu berjalan dengan teratur.

Malah, beliau berkata, sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Tiada pelanggaran Perlembagaan UMNO atau Peraturan Mesyuarat ketika Perhimpunan Agung 2022.

“Semua berjalan dengan teratur. Sekitar 90 peratus perwakilan setuju dengan usul tiada pertandingan Presiden dan Timbalan.

Baca artikel berkaitan: Saya tak digantung UMNO, kata Ismail Sabri

“Sudah banyak kali dalam sejarah 77 tahun umur UMNO jawatan itu tidak dipertanding,” katanya dalam hantaran tersebut.

Selasa lalu, Ahmad bersama tiga individu lain hadir memberi penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung usul tambahan yang diluluskan itu.

Menurutnya, beliau telah menemui Ketua Pengarah RoS, Mohd Nawardi Saad dan timbalannya di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya pada pukul 11.30 pagi dengan membawa dokumen disediakan peguam.

Ahmad berkata pertemuan itu dibuat susulan tindakan dua ahli UMNO pada 20 Januari lalu menghantar aduan kepada RoS agar semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa PAU 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram