Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) di Kementerian Kewangan, petang semalam. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

SYARIKAT pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berperanan dalam menyumbang dan merealisasikan pembangunan Malaysia Madani.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertemuan dengan GLIC di Kementerian Kewangan, petang semalam.

Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada 24 Februari ini memerlukan semua pihak berganding bahu memacu pembaharuan ke arah Malaysia Madani.

“GLIC dan GLC mempunyai peranan khusus menyokong agenda pembangunan negara terutama dalam memangkin pelaburan bagi sektor pertumbuhan baharu, menyokong pembangunan modal insan terutama penggajian graduan baharu dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

Baca artikel berkaitan: Kerajaan tidak campur tangan kes pembekuan akaun Bersatu – Anwar

“Selaras dengan elemen mampan dalam pendekatan Madani, perbincangan merangkumi komitmen GLIC dan GLC meningkatkan kemampanan industri sawit serta memacu tenaga boleh diperbaharui,” katanya dalam hantaran tersebut.

Perdana Menteri turut mengarahkan GLIC dan GLC memastikan penyediaan pekerjaan yang bermaruah; pembangunan vendor dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan serta menyumbang kepada program kemasyarakatan terutama program pembasmian kemiskinan.

“Ini adalah selaras dengan elemen ihsan dalam pendekatan Madani,” jelas beliau.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram