Kacang kuda rebus merupakan makanan snek yang popular di Malaysia. Kacang kuda membekalkan sumber protein. Selain itu ia mengandungi zink yang memainkan peranan penting dalam sistem imunisasi, pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

Kacang ini dapat membekalkan sumber folat yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam badan. Ia juga baik untuk memberi sumber serat yang dapat mengawal pemakanan kita. Kacang kuda juga dapat membekalkan karbohidrat terutama pada mereka yang mempunyai masalah insulin dan diabetis.

KACANG KUDA REBUS KREDIT GAMBAR : GOOGLE

Masyarakat Asia Barat menggunakan kacang kuda yang dikisar menjadi tepung untuk salutan sayur atau daging. Kemudiannya digoreng atau dibuat salad. Di India tepung kacang kuda diguna untuk memekatkan kari atau sup. Ia juga digunakan untuk membuat pakoras. Kini kacang kuda telah dikomersialkan di dalam tin dan boleh dibeli di pasaraya.

AYAM MASAK KETUMBAR
BAHAN

1 ekor ayam
4 tankai daun kesum
2 biji tomato – potong baji
250 ml santan
100 gm kacang kuda
100 gm kacang pis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil serbuk stok ayam
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit jus lemon
BAHAN KISAR
3 cm halia
2 batang serai
2 tangkai daun ketumbar
4 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
2 tangkai cili hijau
5 tangkai cili padi hijau

CARA PENYEDIAAN

  1. Sangai ketumbar dan jintan putih sehingga wangi.
  2. Kemudian campurkan ke semua bahan kisar, mesin sehingga halus.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga garing dan harum.
  4. Kemudian masuk ayam, serbuk stok ayam dan biarkan ayam masak seketika.
  5. Selepas itu, masukkan santan, kacang kuda dan kacang pis. Biarkan mendidih.
  6. Masukkan pula jus lemon,gula, garam dan serbuk lada hitam.
  7. Akhir sekali masukkan daun kesum dan tomato. Masak sebentar dan bolehlah dihidangkan.

SALAD KACANG KUDA ALA MOROCCO
BAHAN SALAD

1 batang lobak merah – sagat
1 tin kacang kuda
2 sudu besar kismis
3 sudu besar kacang badam – panggang
200 ml minyak zaitun
1 biji lemon – perah untuk jus
3 sudu besar madu
1 sudu besar serbuk rempah kabsah @ serbuk jintan putih
Sedikit garam
Sedikit lada hitam

CARA PENYEDIAAN

  1. SOS SALAD : Satukan minyak zaitun, jus lemon, madu, serbuk jintan putih, garam dan lada hitam secukup rasa di dalam botol.
  2. Tutup botol tersebut dan goncang selama 1 minit sehingga bahan tersebut sebati.
  3. Satukan lobak merak, kacang kuda, kacang badam dan kismis dalam bekas dan gaul hingga mesra.
  4. Tuangkan sos salad dari dalam botol dan gaul sehingga sebati.