PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengakui sedang mengenali rapat seorang wanita yang dikenali sebagai Watie Hanifiah.

Bukan lagi rahsia, Shuib turut mendedahkan jika ibunya iaitu Salamiah Jalani turut merestui hubungan mereka.

Susulan itu, orang ramai mula ‘menyelongkar’ dan ingin tahu siapa Watie yang juga seorang ahli perniagaan itu.

Malah, menerusi perkongsian terbaharu Watie di Instagram miliknya yang memberitahu dirinya mengalami pertambahan berat badan mendadak.

“Dari 58 ke 68 kilogram. Nak salahkan siapa sebenarnya ini?,” tulis di ruangan kapsyen.

Namun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen usikan dan ‘menyalahkan’ Shuib menyebabkan berat badan Watie bertambah 10 kilogram kerana terlalu bahagia.

ARTIKEL BERKAITAN : [VIDEO] Al-Fatihah, Siti Sarah meninggal dunia

“Salah Shuib ni. Bahagia sangat, cepatlah kahwin nak tengok Shuib gembira macam dulu lagi. Mana tahu boleh sertai Sepahtu semula.

“Salahkan Shuib sebab ayat cinta ‘power’ sangat.

“Sebab cantik sangat kan Shuib dah jatuh cinta. Semoga berjodoh,” komen netizen.

Untuk info, Shuib berkahwin dengan Siti Sarah pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Siti Sarah meninggal dunia pada Ogos 2021 selepas dijangkiti virus Covid-19.