PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memohon kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyegerakan siasatan terhadap akaun parti tersebut.
Perkara itu bagi membolehkan gerak kerja Bersatu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak terganggu.
Memetik laporan BH Online, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, parti tersebut telah pun membuat permohonan berkenaan menerusi surat yang dihantar kepada SPRM.
Menurut beliau, surat berkenaan dihantar melalui peguam yang dilantik Bersatu.
“Kita (Bersatu) yakin kita tidak bersalah dan walaupun siasatan selesai, tiada apa yang akan berlaku kerana akuan kita bersih.
“Masalah utama sekarang adalah pembekuan akaun. Kita sudah tulis kepada SPRM dan memohon siasatan disegerakan serta ditamatkan supaya kita boleh jalankan kerja parti seperti biasa,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Bersatu akan hantar surat kepada SPRM, mohon pembekuan akaun dibatalkan
Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, Bersatu telah pun memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM.
Pada masa sama, beliau memaklumkan, semua dokumen yang diperlukan juga telah diserahkan.
Wan Saiful berkata, pegawai Bersatu termasuk dirinya juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan.
“Kita beri kerjasama sepenuhnya kerana kita yakin, lebih cepat siasatan selesai, lebih cepat kita dibuktikan tidak melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.
Sementara itu, Wan Saiful berkata, tindakan membekukan akaun parti itu turut menampakkan kecacatan demokrasi dan dilihat seolah-olah dibuat ekoran kebimbangan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dengan kemaraan Perikatan Nasional (PN).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram