Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said

KABINET bayangan yang dilaksanakan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai satu inisiatif dan permulaan progresif ke arah reformasi blok pembangkang.

Perkara itu dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam ciapan di Twitter, hari ini.

Menurut Azalina, Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen yang diwujudkan PN itu mampu memainkan peranan gabungan tersebut dalam mekanisme semak dan imbang.

Azalina turut mengalu-alukan teguran dan idea konstruktif daripada blok pembangkang.

“Alhamdulillah. Kabinet bayangan adalah satu inisiatif dan permulaan yang progresif ke arah reformasi blok pembangkang untuk memainkan peranan mereka dalam mekanisme semak dan imbang,” katanya dalam ciapan tersebut.

Baca artikel berkaitan: PN umum ‘Kabinet bayangan’

Khamis lalu, PN mengumumkan barisan ‘Kabinet’ mereka yang akan menyelaraskan pengurusan parti itu sebagai pembangkang di Parlimen.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai tersebut selepas berakhir Pemukiman Ahli Parlimen PN hari ini dengan menyatakan persetujuan cadangan Sekretariat Ahli Parlimen PN supaya diwujudkan Jawatankuasa Portfolio Ahli Parlimen.

“Jawatankuasa Portfolio pembangkang ini diberikan kepada Ahli Parlimen kita yang ada kemahiran dan pengalaman dalam kerajaan serta latar belakang yang lalu dalam bidang masing-masing,” katanya pada sidang media selepas penutupan Pemukiman Ahli Parlimen PN.

Berdasarkan poster Jawatankuasa Portfolio itu, Muhyiddin dinamakan sebagai Ketua Ahli Parlimen manakala timbalannya, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai portfolio Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim manakala Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Radzi Jidin mengetuai tugas berkaitan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram