Kredit Gambar : The Spruce/Peggy Trowbridge Filippone

Bijan terkenal di kalangan orang Arab, Cina, India, Parsi dan Greek, sebagai makanan berkhasiat, penyedap makanan, penawar penyakit, dan bahan kecantikan kulit, rambut serta kuku. Bijan kaya dengan zat protein, vitamin A dan E. Sebanyak 55 peratus bijan ini mengandungi minyak yang berbau kuat.

Terdapat tiga jenis bijan iaitu bijan hitam, bijan kuning keperangan dan bijan putih. Di negara kita bijan putih mudah didapati. Manakala bijan hitam banyak diimport pada musim perayaan.

ANTARA KHASIAT BIJAN

  1. Sebagai penawar muntah, membantu pencernaan dan sakit perut.
  2. Dalam perawatan tradisional India, bijan digunakan untuk merawat masalah rambut dan kulit.
  3. Masyarakat Cina pula, menggunakannya untuk mengatasi sembelit, batuk yang lama, sakit kerongkong dan sesak nafas.
  4. Kini bijan digunakan dalam industri membuat alat solek, minyak masak, sabun dan minyak pembangkit aroma.
  5. Mampu melindungi hati, merupakan sumber omega 6 dan berupaya mencegah pembentukkan selaput pada arteri.
  6. Kaya antioksidan
  7. Menghalang pembentukkan tumor
  8. Membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang
  9. Mampu memperbaiki sistem imun dan meningkatkan kesuburan.
  10. Mengurangkan paras kolesterol dan mengurangkan paras gula