KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) perlu mewujudkan sistem data raya untuk mendapatkan maklumat secara masa sebenar berhubung bekalan sayur negara.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sistem data raya itu penting bagi membuat unjuran dan persiapan awal menghadapi sebarang kemungkinan.
Jelas beliau, langkah jangka masa panjang itu adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai jenis sayuran yang sedang ditanam; jumlah dan lokasi pengeluaran serta jumlah import dan eskport.
Pada masa sama, Mohamad memaklumkan, sistem data raya itu juga bagi mengenal pasti jumlah permintaan serta kos pengeluaran.
“Saya bukanlah mahir dalam bidang teknologi maklumat (IT) tetapi jika saya boleh melihat dashboard sistem itu melalui telefon pintar sahaja, bila-bila masa kita boleh membuat persiapan awal.
“Misalnya jika kita dah boleh unjur tiga bulan lagi bekalan timun akan berkurangan, maka kita dah boleh minta agensi untuk giatkan tanaman sayuran jenis itu mulai minggu ini,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel berkaitan: Mohamad Sabu terima anugerah Datuk Seri
Mengulas lanjut, Mohamad turut meluahkan keyakinan bahawa ada golongan muda yang mampu menghasilkan sistem tersebut.
“Saya rasa kementerian tidak ada halangan untuk memberikan dana sewajarnya untuk mereka membangunkan sistem ini demi kebaikan semua,” jelas beliau.
Sementara itu, mengulas mengenai isu kekurangan bekalan sayur, Mohamad memaklumkan telah mengarahkan pegawai serta agensi terlibat mengambil langkah intervensi segera.
“Pagi ini saya membaca laporan mengenai kekurangan bekalan sayur seperti kacang panjang, bendi dan terung.
“Saya telah mengarahkan pegawai saya dan agensi terlibat seperti Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk mengambil langkah intervensi segera untuk menambah dan mencukupkan bekalan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram