SIR Mark Sykes merupakan seorang bangsawan Inggeris. Beliau antara jutaan orang yang mati akibat serangan wabak selesema pada akhir Perang Dunia pertama. Beliau meninggal dunia pada 16 Februari 1919 di Hotel Lotti, sewaktu sidang  perundangan perdamaian di Paris, Perancis.

Setelah hampir 90 tahun meninggal dunia, makamnya telah digali semula pada tahun 2008. Penggalian tersebut dilakukan oleh sekumpulan pakar dari Queen Mary’s College, London YANG terlibat dalam penyelidikan khas untuk kes penularan sejenis  virus selesema.

Berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum ini, mereka menemui petunjuk baru yang boleh mencegah sejenis virus moden yang dikenali Influenza pandemik. Virus ini merupakan sejenis wabak selesema yang amat merbahaya dan mampu menyerang sebahagian besar populasi manusia di dunia ini.

Menurut ketua kumpulan penyelidik tersebut, Profesor John Oxford, pihaknya telah berusaha selama dua tahun meminta kebenaran khususnya daripada pihak keluarga si mati untuk melakukan proses penggalian semula kubur Air Marks Sykes. Ini kerana, didapati jasad bangsawan berkenaan memiliki satu DNA (deoxyribonucleic acid) Spanish flu yang mempunyai persamaan dengan struktur genetik virus moden- Influenza pandemik.

Berdasarkan kajian yang dilakukan sebelumnya, DNA wabak tersebut mungkin boleh dijadikan vaksin untuk melawan penularan virus Influenza pandemik. Justeru, satu proses bedah siasat dilakukan ke atas jasad Sykes untuk mendapatkan keputusan lebih tepat.

Sir Mark Sykes, makamnya digali untuk kajian wabak penyakit.

Sebelum itu, dunia telah beberapa dilanda wabak selesema yang berskala besar yang mengorbankan jutaan nyawa. Antaranya Russian flu (H2N2), Spanish flu(H1N1 tipe-A), Asian flu(H2N2 tipe-A), Hong Kong flu(H3N2 tipae-A) dan H3N2 tipe-A.

Sejarah perubatan telah mencatatkan bahawa bedah siasat atau post-mortem ke atas mayat telah dilakukan sejak berabad lalu. Perkembangan dari semasa ke semasa melalui kajian dan pengajian ahli sains perubatan telah menghasilkan teknologi moden dalam ilmu forensik. Justeru, ia menjadi lebih mudah untuk menyiasat punca sebenar seseorang yang telah meninggal dunia.

Bagi kes seperti wabak selesema, kebarangkalian sesuatu DNA mayat sama ada boleh dijadikan vaksin atau tidak bergantung pada tiga peringkat proses post-mortem. Peringkat pertama, pengumpulan sampel beberapa organ yang penting iaitu, paru-paru, ginjal, otak, hati, jantung dan sebagainya. Kaedah ini amat penting dalam penyiasatan forensik untuk mengetahui punca kematian seseorang yang diakibatkan oleh wabak selesema.

Di peringkat kedua, cebisan organ-organ yang telah dikumpulkan akan dibawa ke makmal khas untuk diuji. Di dalam proses uji kaji ini, wabak selesema akan dikenal pasti terlebih dahulu dengan menggunakan satu alat khas iaitu mikroskopik- sejenis alat bantuan pengesan untuk melihat objek-objek yang terlalu kecil.

Selepas dikenal pasti, ia akan diuji di dalam inkubator iaitu alat pemanas untuk tujuan proses pembiakan virus selesema. Kebiasaannya, ia dilakukan dalam 24 jam pada suhu 37 darjah Celsius. Setelah selesai peringkat kedua, uji kaji seterusnya akan dilakukan ke atas haiwan untuk mendapatkan keputusan post-mortem.

Makam Skyes digali semula untuk mencari penawar Influenza.

_____

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterEmailWhatsAppTelegramLinkedInShare