
SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat mengunjungi kediaman rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto turut dikongsi di platform media sosial itu.
Sultan Ibrahim turut memaklumkan bahawa kunjungan tersebut adalah bagi memenuhi undangan Perdana Menteri ke-10 itu.
Baca artikel berkaitan: Kerajaan kurangkan elaun pembangunan Ahli Parlimen – PM
Pada pertemuan itu, Anwar turut mempersembahkan taklimat kepada baginda berhubung lawatan kerja beliau ke Singapura, pada Isnin (30 Jan) lepas.
Pada sesi lawatan Ahad lepas, Anwar telah membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob selain mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram