SEDANG viral satu tulisan dari Pengarah Komunikasi Wanita UMNO mempertahankan Datuk Seri Noraini Ahmad untuk terus kekal atau dipilih semula sebagai Ketua Wanita UMNO.
Saya turut menerima tulisan tersebut dan membacanya berulang kembali. Mencari sebab dan niat di sebalik tulisan tersebut.
Sebagai Pengarah Komunikasi Wanita UMNO, menjadi tanggungjawab beliau untuk menulis dan menyokong Noraini kerana beliau dilantik ke jawatan itu.
Noraini ada budi kepada beliau yang wajib dibalas. Sebagai Exco Wanita juga, beliau sewajarnya mempertahankan Noraini untuk tidak dicabar oleh sesiapa. Itu lumrah.
Namun menjadikan alasan bahawa Noraini mengambil jawatan ketika UMNO sedang kalah dan beliau berdepan dengan kesulitan memimpin kerana berdepan dengan pelbagai masalah tidak sepatutnya menjadi mauduk kepada tulisan tersebut.
Sebagai ketua, bila kita berani memilih untuk memimpin maka kita harus berani untuk berusaha menyelesaikan segala masalah yang membelit Wanita UMNO.
Bila Noraini dilantik menjadi menteri, itulah masa yang sepatutnya Noraini gunakan untuk memperkukuhkan wanita, tapi apa yang Noraini buat?
Ditulis kononnya Noraini melantik wanita sebagai Ahli Lembaga Pengarah (ALP) di beberapa buah universiti. Wanita mana yang dilantik? Berapa orang? Siapa orangnya?
Baca artikel lain: Tun M terkilan, sedih tewas PRU-15
Ditulis lagi,bergerak ke hadapan atau mengundur ke belakang. Adakah Wanita UMNO di zaman Noraini ini sudah bergerak ke hadapan? Adakah dengan memberikan projek menyediakan Modul Latihan kepada anak Exco Wanita UMNO sebagai satu pembaharuan untuk wanita?
Salahkah kalau selangkah berundur setelah salah langkah memilih bagi memperbetulkan salah laku kepimpinan Noraini selama menjadi ketua.
Mengapa akar umbi memilih untuk menolak Noraini? Mengapa 147 Ketua Bahagian Wanita UMNO tidak lagi menyokong Noraini dan mahu orang lain sebagai ketua? Noraini tahu sebabnya.
Wanita selain berjuang untuk kepentingan dan kemenangan parti, nasib mereka perlu juga dibela, ketua perlu menadah telinga untuk mendengar masalah mereka dan bukan menjauhkan diri atau memgumpat, mengata dan mengeji anak-anak buah sendiri.
Sebagai wanita, kita tidak peduli tentang apa yang diperkatakan tentang ketua kami. Kami pekakkan telinga bila ada berita atau tulisan yang kami baca tentang ketua kami tapi jangan diperdayakan kami.
Kami sedar ada yang jadi ketua wanita, ada yang sebaya dengan ibu Noraini tapi jangan diperlekehkan kami.
Ada yang jauh berpengalaman daripada Noraini namun atas nama parti, kita terima dan menghormati Noraini sebagai ketua walaupun masa transisi jawatan antara Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dengan Noraini, ramai yang menentang.
Azwati Abdul Halim
Wanita UMNO Titiwangsa
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram