PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut dan masyarakat beragama Hindu di negara ini.

Anwar berkata perayaan serta budaya yang pelbagai di Malaysia adalah hujah ampuh untuk masyarakat Malaysia saling kenal dan membina persefahaman tatanan negara bangsa yang majmuk.

“Mari bersama kita mengukuh perpaduan dan kerukunan demi pertiwi tercinta,” katanya menerusi catatan di Facebooknya hari ini.

Baca artikel lain: Ismail Sabri sedia berundur daripada arena politik

Masyarakat Hindu menyambut perayaan Thaipusam pada hari ini dengan membanjiri kuil-kuil utama di ibu negara dan beberapa bandar raya di seluruh negara.

Thaipusam ialah perayaan yang disambut pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Tamil, bagi memperingati peristiwa Dewi Parvati memberikan lembing suci kepada anak lelakinya Dewa Murugan bagi menghapuskan kuasa jahat, Soorapadman dan mengembalikan kemakmuran serta kesejahteraan manusia.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram