Tun Dr Mahathir Mohamad GAMBAR: Abd Razak Aid

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan rasa terkilan dan sedih selepas ditolak pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Katanya, komitmen beliau membangunkan Pulau Langkawi menerusi pemberian status bebas cukai pada tahun 1987 sehingga gah di persada dunia seolah-olah tidak dihargai.

“Bukan merajuk, tapi kecewa sedikit (atas kekalahan teruk dalam PRU-15) kerana saya sudah buat macam-macam (pembangunan) di Langkawi.

“Saya ditolak jatuh merudum dan hilang 14,000 undi,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Jasamu Dikenang di Hotel Goldsands malam tadi.

Baca artikel lain: Ahli Parlimen perlu maksimum sumber bantu penduduk diwakili

Yang turut hadir isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berasa hairan ditolak pada PRU-15 lalu kerana yakin tidak melakukan sebarang kesalahan memudaratkan penduduk.

“Saya pun tidak tahu apa kesalahan yang telah buat (sehingga ditolak),” katanya.

Pada PRU-15 lalu, Dr Mahathir tewas teruk kepada calon Perikatan Nasional, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah dengan majoriti 13,518 undi.

Dr Mahathir sekadar memperoleh 4,566 undian.

Sementara itu, mengulas isu pembekuan akaun milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau berkata, perkara itu tiada kena mengena dengan dirinya.

“Dulu saya yang tubuh Brsatu tapi ketika itu tidak curi duit dari mana-mana, kemudian parti berpecah dua, Bersatu sekarang di bawah (Tan Sri) Muhyiddin Yassin.

“Saya tiada kena mengena kerana tidak lagi berada dalam Bersatu dan itu masalah mereka manakala saya kini adalah Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram