SEJAK bergelar isteri kedua kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof, nama Ira Kazar sering menjadi perhatian netizen.
Malah, sebelum ini timbul pula cerita anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu sedang mengandung anak pertama.
Tidak pernah mengeluarkan kenyataan, namun perkongsian terbaharu Ira di Instagram Storynya semalam, dilihat sedang bermain permainan ‘rolling ball’ di sebuah lokasi permainan ‘indoor’.
Bagaimanapun, seorang pengguna TikTok yang mengulang siar video terbabit mempersoalkan mengenai kesahihan kehamilan Ira.
Ujar netizen, sekiranya Ira benar-benar berbadan dua, dia tidak akan melakukan aktiviti lasak seperti bermain permainan ‘rolling ball’.

“Betul ke mengandung? Aku tengok dia ada main masuk dalam bola tu, terpelanting.
“Dah tercampak main tu, mana ada mengandung. Biarlah dia bahagia, akan ada masa berbaiklah mereka semua,” komen netizen.
Untuk info, pada 5 Januari lalu, Syamsul membuat pendedahan mengejutkan apabila dia mengakui sudah bernikah dengan Ira di Thailand.
Pernikahan itu turut berwakil walikan oleh bapa Ira sendiri iaitu Kazar.
Selepas pendedahan itu, isteri pertama Syamsul iaitu Puteri Sarah Liyana telah memfailkan permohonan cerai pada 16 Januari lalu.
PSebutan kes permohonan cerai telah ditetapkan oleh Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 7 Mac depan.