Mayat bayi ditemui di tempat pembuangan sampah. GAMBAR: Polis

MAYAT bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui di dalam kotak oleh seorang pekerja pengutip sampah, pagi tadi.

Bayi malang itu ditinggalkan di tempat pembuangan sampah di hadapan sebuah rumah kebajikan Lestari Perdana 1, Seri Kembangan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, mayat bayi berkulit cerah ditemui dibalut dengan kain dan diletakkan dalam beg warna oren.

Baca artikel : Bayi lelaki ditemukan di Kondo Rakyat Kuala Ibai

“Pekerja menemui bayi itu pada pukul 9.30 pagi sebelum menghubungi polis kira-kira 30 minit kemudian.

“Mayat bayi akan dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kelahiran bayi tersebut diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram