SEORANG remaja berusia 18 tahun ditahan selepas terlibat dalam aksi kejar mengejar sebuah Proton Wira dengan MPV polis, awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu, pasukan polis peronda yang sedang bertugas telah melihat sebuah Proton Wira berwarna kelabu dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, anggotanya mendapati terdapat tiga lelaki bangsa tidak pasti telah melakukan kesalahan isyarat lampu merah.
“Pihak polis telah cuba menahan kereta di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Damai 1, tetapi dua suspek dilihat telah keluar dari kereta dan melarikan diri.
“Manakala seorang lelaki yang berada di tempat duduk pemandu telah memecut kereta dengan laju dan memandu melawan arus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel : Polis tahan 11 warga asing dalam aksi kejar mengejar Alza dekat MRR2
Jelasnya, suspek juga telah melanggar kereta peronda polis sehingga menyebabkan berlaku kerosakan pada bampar kanan.
Pemeriksaan di dalam kereta yang ditinggalkan suspek telah menemui peralatan yang disyaki digunakan bagi kegiatan curi kenderaan.
“Semakan mendapati kenderaan yang digunakan telah dilaporkan hilang di Ampang bersabit Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya.
Bertindak atas maklumat, suspek berjaya ditahan di kawasan Blok C Apartmen Idaman Damansara Damai pada pukul 3.45 pagi.
Mohamad Fakhrudin berkata, suspek kini direman selama dua hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 186, Seksen 28(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) Akta Pengankutan Jalan 1987.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Amir Hakimi Zakariadi di talian 012-3783178 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram