
SATU memorandum akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam masa terdekat.
Ia berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022 dan RUU Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) (No.2) 2022 berhubung kesalahan menghendap.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ramkarpal Singh berkata, ia bagi menambah baik draf RUU tersebut supaya lebih holistik dan merangkumi semua aspek perundangan.
Katanya, Kerajaan Perpaduan komited dalam usaha mewujudkan undang-undang berhubung kesalahan menghendap.
“Sejak bulan Januari 2023, saya telah mengadakan pelbagai sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan seperti Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri, Women’s Aid Organisation dan juga Badan Peguam Malaysia.
Baca artikel lain: Pengurangan peruntukan Belanjawan 2023 tidak bebankan program pembangunan – PM
“(Ini) bagi meneliti semula peruntukan-peruntukan kedua-dua RUU tersebut dan mendapatkan pandangan pihak berkepentingan.
“Hasil daripada kesemua sesi libat urus tersebut, saya telah mencadangkan penambahbaikan kepada draf RUU tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, dua RUU tersebut telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 4 Ogos 2022, bacaan kali kedua, ketiga pada 3 Oktober 2022 dan telah diluluskan setelah mendapat undi lebih suara.
Namun, katanya, berikutan pembubaran Parlimen, RUU ini tidak dapat dibentangkan di Dewan Negara pada sidang Parlimen yang sama dan perlu dibentang semula di Dewan Rakyat pada sidang yang akan datang.
“Tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri, kedua-dua RUU berkenaan akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen yang akan datang ini,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram