Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR: Abd Razak Aid

MALAYSIA akan menghantar kumpulan kedua Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke Turkiye, malam ini, bagi membantu negara tersebut yang berdepan bencana gempa bumi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini susulan daripada kejayaan diperoleh kumpulan terdahulu sehingga mendapat pujian daripada kerajaan Turkiye.

Katanya, SMART kali ini melibatkan 70 orang dalam kalangan anggota SMART, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Pasukan kedua SMART di bawah seliaan NADMA selain yang ada di Turkiye akan dikirim malam ini, 70 orang anggota.

“Pasukan pertama itu dilihat sangat berkesan dan pihak Turkiye rasa selesa dan memohon kalau kita tambah, bezanya penerbangan diuruskan oleh Turki sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Baca artikel lain: Jawatankuasa mulakan rundingan kerusi PRN parti Kerajaan Perpaduan

Dua hari lalu Malaysia menghantar 75 anggota SMART untuk membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pasukan itu dihantar selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri.

Katanya, pasukan berkenaan berlepas ke Turkiye dengan menaiki penerbangan Turkish Alirlines dan mereka turut membawa bersama peralatan akan digunakan dalam operasi SAR itu.

Katanya lagi, pasukan SMART menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada 2016, membolehkan ia dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram