Fasa kejatuhan perniagaan agensi pelancongan sewaktu pandemik Covid-19 menjadi pemangkin untuk kembali bangit meneroka peluang lain. Tidak hanya mahu berduduk diam dan merintih kesedihan, Datuk Fathiri Fadzlah memulakan usaha baharu menerusi Treasure Tree, Pewangi Kereta Kayangan.

Fathiri komited untuk mencapai matlamat mereka dan mencipta nilai untuk organisasinya.  Treasure Tree merupakan usaha niaga terkini Fathiri Fadzlah Holdings Sdn. Bhd., berteraskan pemasaran affiliate.

Pemasaran affiliate ini merupakan strategi pemasaran berasaskan prestasi di mana ganjaran diberi kepada ahli untuk mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka.

“Saya pernah melakukan pelbagai pekerjaan sebelum berada di kedudukan ini. Peritnya hanya Allah saja yang tahu. Sebab itu saya suka berkongsi ilmu, agar orang lain pun dapat menikmati rezeki yang sama,” katanya yang merupakan pengasas Treasure Tree.

Treasure Tree melancarkan produk Kayangan Car Fragrance eksklusif bagi ahli yang berstatus The First  100 Club. Antara wangiannya ialah Patchouli, Fruity Floral Smoky Oud, Tonka Bean,Tobacco Oud, Roses Oud, Citrus Floral dan Vanilla Oud.

“Kayu gaharu atau lebih dikenali sebagai Agarwood merupakan pengeluaran asli dari Malaysia dan dilindungi oleh Malaysian Timber Industry Board (MITB). Kayu gaharu banyak manfaat untuk kehidupan seharian kita. Malah, ia mendapat permintaan tinggi di negara –negara Timur Tengah dan China.

“Gaharu digunakan sebagai pati wangian, bakhoor di majlis agama dan membakar kemenyan. Masyarakat Muslim percaya bahawa gaharu atau oud digunakan bukan sahaja untuk menyembuhkan penyakit tertentu bagi manusia tetapi juga untuk menghubungkan kerohanian.

“Selain itu, wangian berasaskan kayu gaharu digunakan sebagai lambang cinta. Apabila anda mendapat wangian yang sesuai, ia akan membantu menenangkan hari anda dan orang sekeliling anda juga. Insya-Allah,” jelas Fathiri.

Katanya lagi, minyak gaharu, yang terkenal dengan baunya yang kuat, hangat dan berkayu, sangat dicari dalam dunia minyak wangi dan sering dikaitkan dengan kemewahan dan eksklusif.

“Kandungan bahan-bahan berkualiti tinggi dan minyak gaharu dalam wangian Kayangan yang mewah bukan sahaja meningkatkan suasana nyaman dan selesa dalam kereta, tetapi juga memberikan aroma tahan lama yang akan memastikan kereta sentiasa berbau segar.

“Selain itu, aromanya yang menyenangkan boleh membantu  mengurangkan tekanan ketika memandu dan meningkatkan mood untuk sentiasa ceria. Malah ia juga mampu meningkatkan suasana hangat dan menarik di dalam kereta, menjadikan pemanduan suatu pengalaman yang lebih menyeronokkan,” katanya