GAMBAR: Abd Razak Aid

KETUA Audit Negara, Datuk Seri Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, sebanyak 1.10 juta vaksin sudah tamat tempoh antara satu hingga 2,112 hari membabitkan jenama Cansino, Comirnaty dan AstraZeneca.

Katanya, setakat April 2022, Kementerian Kesihatan (KKM) membelanjakan RM4.462 bilion daripada RM5.577 bilion peruntukan bagi perolehan 75.88 juta dos vaksin.

Katanya lagi, ia terdiri daripada vaksin Comirnaty, AstraZeneca, CoronaVac dan Convidecia.

Selain itu, bekalan vaksin turut diperoleh daripada kerajaan negeri, pembelian oleh pihak swasta dan sumbangan dari negara luar.

Sehingga April 2022 jumlah keseluruhan vaksin yang diterima adalah sebanyak 82.85 juta dos.

“Semakan Audit selanjutnya setakat April 2022, sebanyak 71.26 juta dos sudah digunakan dan mempunyai baki sebanyak 11.59 juta dos vaksin.

“Daripada jumlah baki itu, sebanyak 1.10 juta dos vaksin sudah luput tempoh jangka hayat antara satu hingga 212 hari,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Pelajar sekolah, OKU nikmati perjalanan percuma KTMB menerusi pas MyRailLife

Beliau berkata demikian dalam sidang media Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021, hari ini.

Namun demikian, LKAN menyebut bahawa nilai perolehan dos vaksin melalui perolehan kerajaan yang sudah luput tempoh hayat tidak dapat ditentukan pihak audit.

Ia berikutan perekodan vaksin melalui sistem pengurusan dan pemantauan vaksin (VMS) tidak dapat dikategorikan berdasarkan kaedah perolehan vaksin.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram