
JUMLAH jangkitan harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam (Jumaat, 17 Februari 2023) turun semula kepada 241 kes, berbanding 281 pada Khamis, setelah mengalami kenaikan empat hari berturut-turut, lapor Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Menurut data laman sesawang Github Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikemas kini pagi ini, jangkitan baharu itu, termasuk 16 kes membabitkan kanak-kanak, berbanding 17 pada Khamis.
Sebelas daripada kes itu melibatkan kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun, dan lima lagi kes (lima hingga 12 tahun).
Jumlah itu menjadikan kumulatif jangkitan sejak kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia pada 25 Januari 2020 sebanyak 5,040,609 kes, dengan 4,994,250 pesakit telah pulih, termasuk 235 yang sembuh semalam.
Daripada jumlah jangkitan semalam juga, 181 kes melibatkan individu yang telah menerima suntikan vaksin penggalak; 32 kes (individu lengkap vaksinasi); tiada kes (individu belum lengkap vaksinasi); dan 28 kes (individu tidak divaksinasi).
Baca lagi: Australia sumbang RM9 juta program COVID-19 – KKM
Menurut data laman sesawang KKMNow pula, sebanyak 9,405 kes masih aktif, meningkat lagi berbanding 9,399 pada Khamis, 9,375 (Rabu) dan 9,354 kes pada Selasa.
Sehingga semalam juga seramai 9,080 pesakit Covid-19 masih menjalani kuarantin di rumah (9,072 pada Khamis), sementara 316 pesakit mendapatkan rawatan di hospital, turun sedikit berbanding 319 pada Khamis.
Jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi sehingga semalam adalah seramai sembilan orang, berbanding lapan pada Khamis, dengan tiga daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan (dua pada Khamis).
KKM juga melaporkan tiada pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, menjadikan kumulatif kematian akibat Covid-19 sejak 17 Mac 2020 hingga semalam, kekal sebanyak 36,954 kes, termasuk 7,872 kes kematian di luar fasiliti kesihatan atau BID.
Berikut adalah jangkitan harian dan kumulatif kes bagi setiap negeri dan Wilayah Persekutuan sejak 25 Januari 2020 hingga semalam.
- Selangor – 85 (1,549,703);
- Kuala Lumpur – 63 (469,169);
- Sabah – 3 (406,893);
- Johor – 17 (398,427);
- Sarawak – 11 (324,515);
- Kedah – 8 (318,686);
- Pulau Pinang – 9 (307,611);
- Kelantan – 1 (260,111);
- Perak – 7 (239,091);
- Negeri Sembilan – 9 (231,055);
- Pahang – 3 (182,699);
- Melaka – 13 (145,167);
- Terengganu – 0 (132,996);
- Putrajaya – 11 (32,525);
- Labuan – 0 (22,961); dan
- Perlis – 1 (19,000).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram