PERUBAHAN hormon, stres dan pengambilan produk yang salah antara penyebab utama pelakon Dynas Mokthar mengalami keguguran rambut yang sangat teruk.

Malah, sebelum ini dia juga sering kali berhadapan dengan masalah kelumumur setiap kali hamil namun kini semua itu dapat diatasi selepas dia mendapatkan rawatan berasaskan Aqua Cell.

Dynas atau Wan Intan Edrinas Wan Mokthar,39, berpuas hati dengan produk tersebut kerana hasilnya rambut dia lebih sihat dan kekal menawan sepanjang hari.

Sebagai seorang selebriti, dia akui rambut adalah mahkota wanita yang memerlukan penjagaan rapi.

“Perubahan hormon, stres dan salah pengambilan produk antara masalah yang menyebabkan keguguran rambut, apatah lagi jika rambut sering diwarnakan sehingga ia rosak dan kering.

“Kemudian saya tercari-cari produk penjagaan rambut yang sesuai sehinggalah menemui sebuah salun rambut terkenal, Wellsen. Mulai saat itu saya banyak belajar ilmu mengenai penjagaan rambut, termasuklah kepentingan bahan Aqua Cell yang boleh mengekalkan kelembapan kulit kepala dan menghalang kulit kepala daripada kering.

“Selain itu, saya juga mementingkan bahan organik dan mesra vegan atau tidak mengandungi bahan atau ujian pada haiwan dalam kandungan dalam produk penjagaan rambut,” katanya.

Justeru itu, dia bersetuju untuk untuk menghasilkan syampu Wellsen X Dynas yang berasaskan Aqua Cell dan bahan organik sebagai kaedah penyelesaian rambut rosak.

“Sebelum bagi orang beli produk ini, saya terlebih dulu mencuba syampu ini selama setahun.

“Pada saya, lebih saya guna dulu pada tubuh saya sebelum benar-benar yakin dengan keberkesanannya kepada pengguna lain,” kongsinya.

Kandungan istimewa AQUAXYL™️ bagi set syampu Wellsen X Dynas yang dikilang dan diedarkan oleh WeGlobe Marketing Sdn Bhd itu telah dipatenkan hak milik kerana fungsinya yang tersendiri dan menakjubkan.

Menurutnya lagi, AQUAXYL™️ Shampoo & Hair Mask akan membuatkan rambut, kulit kepala kekal segar, lembap selama 48 jam dan mampu mengurangkan rambut gugur.

“Istimewanya produk ini kerana formula yang kita gunakan tidak ada bahan seperti paraben, silikon, SLS dan SLES (Sodium Lauryl Sulfate) dan (Sodium Lauryl Ether Sulfate).

“Selain daripada tiada bahan kimia ini, produk ini juga ‘vegan friendly’ sebab kita tak guna ‘animal derived ingredients,” tegasnya lagi.

Harga promosi pelancaran produk tersebut serendah RM88 untuk set syampu dan Hair Mask. Harga sebenar produk berkenaan ialah RM148. Pengguna juga boleh menambah Hair Serum percuma (tersedia untuk 100 pelanggan yang pertama).