SEBANYAK RM1.2 bilion akan diperuntukkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik dan 380 sekolah daif.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, had sebut harga perolehan kerja pembaikan sekolah dan klinik daif ditingkatkan kepada RM1 juta berbanding RM500,000.
Jelas beliau, langkah itu adalah untuk menyegerakan pelaksanaan projek yang dilihat perlahan ketika ini.
Selain itu, ujar beliau, kerajaan juga akan meningkatkan perolehan secara cabut undi kepada RM200,000 berbanding RM100,000 sebelum ini.
“Tidak boleh diterima akal bahawa zaman sekarang rakyat masih terpaksa berdepan isu sekolah dan klinik daif. Saya tidak mahu perkara ini terus berlarutan.
“Kalau disebabkan projek lambat siap kerana mematuhi prosedur, apa guna jadi Kerajaan kalau tidak memudah cara.
“Ini perlu segera diselesaikan tahun ini juga,” katanya ketika ketika membentangkan Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI di Dewan Rakyat hari ini.
Baca lagi: Belanjawan 2023 Membangun Malaysia Madani, peruntuk RM388.1 bilion, tumpu 12 ikhtiar utama
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

