Penahanan dua lelaki termasuk seorang yang memakai kostum animasi 'Pikachu' di buat oleh Skuad 42 BSPTD Batu Pahat hari ini.

DUA lelaki ditahan polis kerana menunggang motosikal secara berbahaya sambil berlumba dan melakukan aksi ‘wheelie’ di sekitar Batu Pahat, baru-baru ini.

Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik IPD (BSPTD) Batu Pahat menerusi kenyataan di Facebook berkata, penahanan mereka termasuk seorang yang memakai kostum animasi ‘Pikachu’ di buat oleh Skuad 42 pasukan berkenaan berdasarkan dua video tular di media sosial.

Lelaki yang memakai kostum animasi ‘Pikachu’ditahan oleh Skuad 42 BSPTD Batu Pahat hari ini.

Katanya, berpandukan maklumat, polis membuat dua serbuan berasingan diketuai oleh seorang pegawai kanan bersama anggota dari BSPTD Batu Pahat.

“Mereka didapati membuat hantaran di dalam media sosial yang telah viral melalui aplikasi “TikTok” akaun MOKKK MALAS REMPIT bagi meraih perhatian umum dengan melakukan aksi-aksi merbahaya ketika menunggang motosikal.

“Mereka turut berlumba dan (mendatangkan) merbahaya kepada pengguna jalanraya yang lain,” kata kenyataan itu, hari ini.

BSPTD Batu Pahat berkata, sehubungan itu dua lelaki ditahan di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana disyaki melakukan kesalahan buat aksi wheelie dan berlumba sesama sendiri, menunggang motorsikal secara melulu hingga mendatangkan bahaya kepada pengguna jalanraya yang lain.

BSPTD Batu Pahat katanya menasihatkan semua pengguna jalanraya supaya tidak melanggar kesalahan seksyen 42(1) APJ 1987.

“Jika disabitkan kesalahan boleh berdepan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM15,000,” tambahnya.