KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport bateri kenderaan elektrik (BEV) ke Malaysia.

KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah meluluskan permohonan Tesla untuk mengimport bateri kenderaan elektrik (BEV) ke Malaysia.

MITI dalam kenyataan memaklumkan, Tesla akan membuka sebuah ibu pejabat di Malaysia dalam usaha merealisasikan objektif berkenaan.

Menurut MITI, syarikat terkemuka itu juga akan memperkenalkan Pusat Pengalaman dan Servis Tesla serta mewujudkan rangkaian pengecas Supercharger di Malaysia.

“Kehadiran Tesla di Malaysia dijangka mewujudkan peluang pekerjaan yang mampu menawarkan gaji lebih baik bagi segmen bateri kenderaan elektrik.

“Pada masa sama, ia juga meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem Tesla di peringkat domestik dan global,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kehadiran Tesla membuktikan keyakinan syarikat itu terhadap asas ekonomi dan persekitaran perniagaan yang kondusif di Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Malaysia, Singapura bakal meterai MOC dalam ekonomi digital, hijau – Tengku Zafrul

Kata beliau, MITI juga akan memanfaatkan ekosistem elektrik dan elektronik secara strategik bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan bagi teknologi berkaitan mobiliti elektrik.

“Kami gembira dengan keputusan Tesla untuk turut serta dalam ekosistem kenderaan elektrik di Malaysia.

“Walaupun telah banyak jenama global utama memilih untuk melabur di Malaysia, MITI dan agensinya akan terus meningkatkan usaha dalam meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan sambil terus menaikkan profil Malaysia sebagai negara pro-perdagangan, pro-industri dan pro-pelaburan,” jelas beliau.

Kemasukan Tesla telah dipermudahkan oleh MITI melalui inisiatif BEV Global Leaders bagi tujuan membantu meningkatkan permintaan bateri kenderaan elektrik dalam pasaran tempatan dan menggalakkan pembangunan keseluruhan ekosistem untuk menyokong penggunaan BEV.

Inisiatif itu juga bertujuan mendapatkan pelaburan daripada syariakt pengeluar BEV global terkemuka di Malaysia dengan Tesla adalah pemohon pertama inisiatif tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram